"Hai isteri, tunduklah kepada suamimu seperti kepada Tuhan, karena suami adalah kepala isteri sama seperti Kristus adalah kepala jemaat. Dialah yang menyelamatkan tubuh. Karena itu sebagaimana jemaat tunduk kepada Kristus, demikian jugalah isteri kepada suami dalam segala sesuatu. Hai suami, kasihilah isterimu sebagaimana Kristus telah mengasihi jemaat dan telah menyerahkan diri-Nya baginya untuk menguduskannya, sesudah Ia menyucikannya dengan memandikannya dengan air dan firman, supaya dengan demikian Ia menempatkan jemaat di hadapan diri-Nya dengan cemerlang tanpa cacat atau kerut atau yang serupa itu, tetapi supaya jemaat kudus dan tidak bercela. Demikian juga suami harus mengasihi isterinya sama seperti tubuhnya sendiri: Siapa yang mengasihi isterinya mengasihi dirinya sendiri. Sebab tidak pernah orang membenci tubuhnya sendiri, tetapi mengasuhnya dan merawatinya, sama seperti Kristus terhadap jemaat, karena kita adalah anggota tubuh-Nya. Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging. Rahasia ini besar, tetapi yang aku maksudkan ialah hubungan Kristus dan jemaat. Bagaimanapun juga, bagi kamu masing-masing berlaku: kasihilah isterimu seperti dirimu sendiri dan isteri hendaklah menghormati suaminya." (Efs. 5: 22-33)
Rahsia ini besar, ertinya bahawa Tuhan ingin menyampaikan hal yang
benar benar penting! Dalam dunia tidak ada konteks yang besar kecuali
dalam hubungan dalam keluarga yaitu suami isteri. Alkitab katakan bahawa
hubungan antara suami isteri adalah hubungan seperti Kristus dengan
gereja-Nya.
Bagaimana pentingnya hidup suami isteri, sebagai yang dikatakan oleh
Alkitab sebagai "RAHASIA BESAR", jika terjadi, sebagai berikut:
- Isteri Tunduk Kepada Suami (Efs. 5:22)
- Suami Mengasihi Isteri dan keluarganya (Efs. 5: 23-25)
- Pernikahan didasari atas KASIH (Kid. Agung 8: 5-8)
Keselamatan, berkat, mujizat yang kita dapatkan itu oleh kerana penundukan diri Yesus Kristus kepada Bapa di surga. Begitu juga cantik dan angunnya seorang isteri tidak ditentukan oleh dadanannya tetapi dapat dilihat bagaimana isteri tunduk kepada suami. Tanda seorang isteri tunduk kepada suami artinya bahwa isteri tersebut percaya kepada Tuhan. Suami yang berhasil dan berjaya adalah ketika isterinya mampu tunduk kepadanya. Kebahagian seorang isteri ketika berani menundukkan diri kepada suaminya.
Kenapa isteri sukar untuk tunduk kepada suami? Ingat ketika isteri mengerti kata tunduk bererti bahawa mengerti apa itu rahsia besar. Tunduk dari kata HUPATASO ertinya menyesuaikan diri, erti kata tunduk arti sikap menyerah juga bererti bekerjasama. Seorang isteri mempunyai berbagai kelebihan, kerana itu suami harus bekerjasama. Wanita dapat melakukan banyak hal, kerana itu wanita/isteri boleh menjadi penolong bagi kaum lelaki/suami. Lelaki dan wanita
" Lihat, setiap penyair akan mengatakan sindiran ini mengenai engkau: Begitu ibu, begitu anak!" (Yeh. 16: 44)untuk boleh melihat siapa kita, Alkitab katakan bahawa "..begitu ibu, begitu anak!, ertinya adalah lihat siapa ibunya? kerana seorang ibu mempunyai pengaruh yang besar terhadap pertumbuhan seorang anak. Seorang wanita tidak dirancang Tuhan untuk mengambil keputusan, tetapi laki-laki lah yang disiapkan oleh Tuhan untuk membuat keputusan. Ingat "rahsia besar" akan terhalang dari Tuhan, ketika isteri tidak tunduk kepada suami. Kerana itu suami dan isteri harus kerjasama sehingga mengalami apa yang namanya rahsia besar Ilahi.
"karena suami adalah kepala isteri sama seperti Kristus adalah kepala jemaat. Dialah yang menyelamatkan tubuh. Karena itu sebagaimana jemaat tunduk kepada Kristus, demikian jugalah isteri kepada suami dalam segala sesuatu. Hai suami, kasihilah isterimu sebagaimana Kristus telah mengasihi jemaat dan telah menyerahkan diri-Nya baginya" (Efs. 5: 23-25)Baik tidak nya sebuah keluarga tergantung dari tanggungjawab seorang lelaki /suami. Seorang suami sebagai ketua keluarga harus bertanggungjawab penuh dan mempunyai kasih yang seperti kasih Kristus.
Hai suami kasihi isteri dan anak-anakmu, kerana itu jadikan keluargamu adalah kejayaan dalam hidupmu.
"Tetapi karunia Allah tidaklah sama dengan pelanggaran Adam. Sebab, jika karena pelanggaran satu orang semua orang telah jatuh di dalam kuasa maut, jauh lebih besar lagi kasih karunia Allah dan karunia-Nya, yang dilimpahkan-Nya atas semua orang karena satu orang, yaitu Yesus Kristus." (Rm. 5: 15)Ketika Hawa digoda oleh iblis, siapa yang salah, Adam lah yang harus bertanggungjawab atas segala yang terjadi dalam kehidupan keluarganya. Dalam tubuh seorang lelaki dipengaruhi oleh hormon testoteron.
Kasih Tuhan adalah dasar dalam setiap pernikahan dalam sebuah keluarga. Kasih sebagai pelekat dalam pernikahan, sehingga menjadi kekal. Kerana itu letak lah kasih Tuhan dalam hidup keluargamu, supaya engkau mengalami apa yang menjadi berkat berkat Tuhan. Kasih Agape, iaitu kasih Allah yang sempurna yang akan menyempurnakan kehidupan keluarga dan rumah tangga kita.
Rahsia besar Ilahi ditentukan oleh karena adanya isteri yang tunduk
kepada suami, suami yang melakukan fungsinya dengan benar yaitu
mengasihi isteri dan seluruh keluarga dan pernikahan kerana didasari
oleh Kasih Tuhan yang tulus, iaitu kasih ilahi, kasih agape sebagai pelekat dalam membangun hidup keluarga.