Ketidaktahuan akan hari besok bukanlah sesuatu yang perlu kita
khuatirkan kerana kita yakin bahawa TUHAN yang mengasihi kita
adalah TUHAN yang menguasai hari besok. Apa yang TUHAN firmankan pasti
akan terjadi.
TUHAN mencabar bangsa-bangsa dan meneguhkan iman
umat-Nya, Israel. TUHAN mencabar dengan bertanya, "Siapakah yang
menggerakkan dia dari timur, menggerakkan dia yang mendapat kemenangan
di setiap langkahnya, ..." (41:2-4).
TUHAN memberitahukan bahawa hanya Dia
yang dapat melakukan semua itu. Dia tidak berubah selama-lamanya. TUHAN
mencabar ilah-ilah lain dengan mengatakan bahawa mereka sesungguhnya
tidak ada. Hanya TUHAN yang sanggup memberitahukan hal-hal yang akan
datang. Dia menubuatkan dan memberitahukan kepada umat-Nya. Kepada umat
Israel, TUHAN memberi kekuatan dengan meyakinkan bahawa Dia tidak
meninggalkan mereka.
TUHAN memberitahukan apa yang akan terjadi dengan
bangsa Israel (yang akan mengalami kemenangan dan kesejahteraan) kerana
Dialah yang membuat semuanya itu. Allah berbuat demikian agar semua
orang melihat dan mengetahui, memperhatikan dan memahami, bahwa tangan
TUHAN yang membuat semuanya ini dan Yang Mahakudus, Allah Israel, yang
menciptakannya (41:20).
Melihat kejadian-kejadian di dalam kehidupan kita sehari-hari sering
membuat kita menjadi khuatir, takut, dan cemas akan hari besok. Seluruh
perhitungan manusia tentang hari esok tak dapat diandalkan kerana
terlalu banyak faktor yang tak terduga. Kita tidak tahu apa yang akan
terjadi esok. Namun, satu hal yang firman TUHAN ajarkan kepada kita hari
ini adalah bahawa TUHAN menguasai hari esok.